Imam as-Syafie pernah mewasiatkan : " Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan."
Taqwa Sebagai Identiti Muslim
Taqwa ialah lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa kerap dikaitkan sebagai antara sifat mukmin yang berjaya dan berbahagia pada akhirat kelak.
Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji." (Riwayat al-Tirmizi)
Berdasarkan nas itu, dapat disimpulkan, taqwa adalah sifat yang mendasari mukmin yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan daripada setiap detik kehidupan mukmin. Malah, taqwa adalah lambang dan simbol keteguhan Islam yang terpahat dalam hati Muslim.
Walaupun begitu, ada umat Islam yang belum memahami pengertian sebenar taqwa dan kepentingannya dalam kehidupan ummah. Nabi s.a.w. mendefinisikan lagi taqwa dalam hadis berikut : " Sesiapa yang menyebut kalimah tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga." Kemudian baginda ditanya lagi: "Apa maksud ikhlas itu?". Lantas baginda menjawab : "Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah."
Ringkasnya, taqwa menurut Quran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkannya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang2nya perlu diketahui dan dihayati oleh umat Islam supaya dapat dilaksana dan diterjemahkan dalam kehidupan.
Ibnu Abbas pernah menyatakan :
"Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya


No comments:
Post a Comment