huruf pertama
Ruginya kalau kita tidak cinta dan sayang kepada-Nya.Sedangkan kesayangan kita kepada yang lain,tidaklah berjasa dan berbaik pada kita sebanyak mana Tuhan lakukan untuk kita.
Kenapa kita mesti menyayangi Tuhan?
1)Dialah pencipta dan memberi kemudahan secara percuma dengan segala macam khazanah yang bersifat fizikal,mental dan rohani.
Dalam badan kita ada jantung,paru-paru,usus-usus,buah pinggang,sistem peranakan,sistem penghadaman,ada otak,ada saraf,ada saluran darah dan lain-lain.
Tersimpan juga dalam tubuh kita berbagai-bagai maklumat aqliah seperti ilmu alam,ilmu matematik,ilmu sejarah,sains,ekonomi,rahsia peribadi dan individu lain termasuk maklumat berkenaan alam akhirat.Memang hebat batang tubuh kita ini.
2)Dibekalkan kepada kita dengan seribu perasaan tanpa sebarang bayaran.Seperti rasa sedih,sayu,takut,marah,sayang,rindu kasih,cinta,gerun,geram,benci,meluat dan jijik.
Bukan itu sahaja,lautan rasa boleh bertukar warna kepada rasa hebat,megah,sombong,tinggi diri,bangga,rasa mampu,selamat,dan pelbgai lagi.
Tidak kurang juga dengan rasa derita,kecewa,putus asa,terseksa,lara,rasa diri tak berguna, rasa hina,rasa lemah,rasa tidak selamat,rasa serba tak boleh.
Dis udut lain,lautan ini membawa irama gelombang yang lain oula.Rasa bakhil,gila dunia,gila puji,gila wanita,tamak haloba,hasad dengki,dendam kesumat,rasa nak tipu,nak bohong,nak mencuri,nak bunuh diri,nak binih orang,mengangkat diri dan menjatuhkan orang.
Ada pula jenis yang indah supata dapat melayari lautan rasa manusia hingga terbuai-buai kita dibuatnya.Rasa sayang ibu bapa,sayang isteri,suami,sayang anak-anak,sayang kawan,sayang jiran,sayang bunga,sayang barang-barang,sayang hidup,syang kerja,sayang rumah,dan sayang dunia.
Diiringi pula rasa-rasa yang indah ini supaya dapat mengecapi bahagia seperti pemurah,peramah,berprasangka, baik,berbudi tinggi,lapang dada,berkasih sayang,memaafkan,rasa bersalah,dan meminta maaf,rendah diri,memuliakan,ingin disayangi dan membalasnya.
Tetapi kemuncak dari semua itu,ada satu rasa yang mahal daripada semua rasa itu adalah 'rasa bertuhan'.Rasa inginkan Tuhan sewaktu susah.Sungguh ajaibnya penciptaan,pemberian dan anugerah yang maha luas ini.
Bagaimana diri manusia yang sekecil ini dibenarkan memiliki seribu macam khazanah rohaniah?Siapa pereka,perancang,pencipta dan mengawal sistem 'super power' ini?Tuha,bukan?Hanya Dialah yang semampu ini.Hanya Dia yang bijak dan sekuasa itu!Hanya Dia dan Dia saja.
Sebab itulah Tuhan yang Agung ini berfirman yang bermaksud :"Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan kejadian".
Instinct atau fitrah kita yang menjawab.Sebab fktrah memang dibentuk bersama rasa yakin adanya Tuhan.
Sebab kita bangga mengaku sebagai seorang hamba Tuhan.Tetapi marah kalau orang tuduh kita hamba syaitan,hamba seks,hamba duit dan lain-lain.
Pelik manusi lain,macam-macam yang dicinta,tetapi marah apabila dikaitkan dengan perkara yang banyak itu.Sebab cinta itu murah.
Sedangkan cinta Tuhan itu mahal.Saintis itu sebenarnya ada rasa mahukan Tuhan.Terutama waktu susah apabila mereka akan memanggil Tuhan dengan kata 'oh my God!'Tetapi sayang perasaan mereka terhadap Tuhan itu tidak dibaja dan tidak disuburkan.
Sedangkan rasa cinta kepada 'girlfrien'itu begitu dipupuk,sayang anak itu dibelai-belai,sayangkan ibu bapa amat di besar-besarkan.
Sayang dunia,sayang pangkat,cinta kereta dan lain-lain sungguh bertakhta di hati.Sanggup hidup mati keranyanya walhal apa sangatlah semua itu pada kita.Ia pernah ada dan pernah tiada.Bila lagi nak berangkat mencari sayang Allah?

