Friday, December 11, 2009

Pengorbanan Ummu Sulaim



Suami pertama Ghumaisha' binti Milhan atau lebih dikenali sebagai Ummu Sulaim adalah Malik bin al-Nadhr.Ummu Sulaim menerima agama baru,Islam sebagaimana kawan-kawannya yang lain daripada golongan penduduk di Madina yang dikenali sebagai golongan Ansar.Mereka menerima Islam sebelum berpeluan menatap wajah Nabi Muhammad kerana peristiwa ini berlaku sebelum Nabi Muhammad berpindah ke Madinah

Berita Ummu Sulaim memeluk Islam tidak disenangi oleh suaminya.Nmaun dia beruasaha memujuk suaminya turut menerima Islam.Tetapi,Malik berkeras menolak setiap ajakan isterinya kepada Islam dengan pelbagai alasan.

Suasana rumah tangga mereka sentiasa tegang dan berlaku perang mulut.Malik tidak dapat menerima isterinya memeluk Islam, apatah lagi dirinya sendiri bagi memeluk agama baru itu."Adakah kamu membuang begitu sahaja agama nenek moyang kita."Dia bertanya isterinya.

Akhirnya, Malik al-Nadhr mengambil keputusan meninggalkan isteri dan anaknya.Dia ke Syam dan meninggal dunia di sana.Anas bin Malik dan al-Bara' bin Malik adalah anaknya.

Berita kematian suaminya itu mengecewakan Ummu Sulaim kerana suaminya menolak Islam.Beliau melihat ke ara anaknya Anas yang sedang membesar dan al-Bara' yang masih kecil."Kini anak-anakku tidak berbapa."

Namun, semua kekurangan itu tidak melemahkan Ummu Sulaim meneruskan cita-citanya mendekati dan mendalami Islam.Dia bertekad melengkapkan diri dengan sebaik-baiknya."Saya tidak mahu berkahwin sebelum Anas dewasa dan tidak akan menghadiri sebarang majlis."

Tumpuannya kini adalah memberi didikan sepenuhnya kepada Anas yang semakin petah berkata-kata,manakala al-Bara' masih kecil.Semasa Anas beruasia sepuluh tahun,Ummu Sulaim menyerahkan anak kesayangannya kepada Nabi Muhammad bagi dijadikan pembantu.Tujuannya supaya Anas berpeluang hidup dekat dengan utusan Tuhan itu dan menimba sebanyak mungkin ilmu dan amalannya.

Apabila ana meningkat dewasa dan mengerti pengorbanan ibunya, dia berdoa. " Semoga Allah membalas budi ibuku dengan kebaikan kerana dia berbuat baik sepanjang mengasuh aku."

Hah....itulah Pengorbanan Ummu Sulaim.

No comments:

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers